22 November 2008

<==++KaSih SeOrAnG AbAnG++==>

SHAH ALAM 20 Nov. - Dua sekawan yang secara kebetulan mempunyai motif yang sama, mencuri pakaian demi membahagiakan adik-adik mereka berhari raya, masing-masing dilepaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Hafizi Abd. Halim membenarkan Amlinah Masbun dan Sapariah Abin, kedua-duanya berusia 24 tahun, dibebaskan dengan bon RM2,000 tanpa cagaran selama dua tahun berserta seorang penjamin.

Amlinah dari Beaufort Sabah, dan Sapariah dari Sri Kembangan, mengaku telah mencuri sembilan helai pakaian kanak-kanak pelbagai saiz pada pukul 10.15 malam, 13 September lalu di Pasaraya Giant Seksyen 13 di sini.

Mereka didapati mencuri pakaian bernilai RM191.90 selepas keluar dari bilik persalinan menuju ke pintu keluar tanpa membuat sebarang pembayaran.

Ketika diberi peluang untuk merayu, mereka memohon hukuman diringankan kerana perbuatan tersebut dilakukan semata-mata sebagai tanda kasih sayang kepada adik-adik di kampung supaya bergembira di hari raya lalu.

No comments: